Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Pasrahnya Muka Dia…” Reaksi Muka Vole Dalam Cengkaman Burung Pemangsa Buat Ramai Terhibur

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jul 2025, 02:32 PM

“pasrahnya muka dia…” reaksi muka vole dalam cengkaman burung pemangsa buat ramai terhiburFoto: New York Post

Gambar seekor haiwan kecil dalam detik paling genting hidupnya kini tular selepas berjaya dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Sha Lu. Dalam gambar luar biasa itu, seekor vole (haiwan kecil seakan tikus) sedang dibawa terbang dalam cengkaman burung white-tailed kite tapi yang paling menarik, si vole sempat memandang tepat ke arah kamera dengan wajah penuh ‘redha’.

Ekspresi si kecil itu mencuit hati ramai, ada yang kata muka dia macam "pasrah kena tangkap", ada juga yang rasa simpati sebab momen tu betul-betul menggambarkan realiti keras dunia haiwan.

Menurut Sha Lu, dia sendiri tak sangka dapat tangkap gambar seunik itu.

“Saya tengah ikut burung tu dengan kamera, tiba-tiba si vole ni pandang terus ke arah saya. Memang satu saat yang tak boleh dirancang,” katanya.

Gambar ini bukan saja cantik dari sudut fotografi, tapi turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ramai anggap ia bukan sekadar foto, tapi simbol betapa kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata. Ada juga yang bandingkan muka si vole dengan perasaan manusia bila ‘kena tangkap basah’ atau bila dah tahu tak boleh lari dari masalah.

Fakta Menarik Tentang Si Vole & White-Tailed Kite

  • Vole ialah haiwan kecil comel macam tikus gebu, tapi dia bukan tikus. Dia suka makan tumbuhan dan tinggal di kawasan padang atau semak. Sayangnya, dia juga antara makanan kegemaran burung pemangsa.
  • White-tailed kite pula ialah sejenis burung pemangsa yang pandai "hover" atau melayang di udara sebelum menyambar mangsa. Dia bukan helang besar, tapi cukup pantas dan tepat bila memburu, terutamanya vole atau tikus padang.
  • Burung ni juga suka buat sarang di kawasan belukar, dan memang handal memburu di kawasan terbuka seperti padang rumput atau sawah.

Walaupun hanya satu gambar, tapi ekspresi si vole tu buat ramai orang berfikir. Dalam dunia yang serba laju dan tak dijangka, momen macam ni buat kita sedar, setiap makhluk pun ada perjuangan masing-masing untuk terus hidup.

Mungkin kita gelak tengok "muka pasrah" dia, tapi dalam masa yang sama kita juga diingatkan betapa indah dan kejamnya alam semula jadi, semuanya bergerak ikut aturan yang dah ditetapkan.

Sumber: New York Post

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us