
Foto: Sinar Harian
Remaja lelaki yang berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar di Port Dickson, ditemukan meninggal dunia.
Berita duka itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Timar.
Menurutnya, mayat mangsa dijumpai pada jam 12.28 tengah malam Isnin di sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat dia jatuh.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, hari ini.
Media terdahulu melaporkan, pasukan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan pada jam sekitar 7.28 malam Ahad sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dikejarkan ke lokasi.
Untuk makluman, operasi menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Kemang dan pada jam 9.31 malam komander operasi lapor anggota menaiki bot membuat pemantauan di pesisir pantai.
Susulan daripada itu, anggota PPDA yang terdiri daripada dua sektor telah bertindak membuat water surface rescue pada radius 50 meter dari pesisir pantai bagi mencari dan menyelamat mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di Lukut.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.