Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Remy Ishak Pertikai Niat Sebenar Hollywood Tonjol Solidariti Palestin Dalam Filem Superman

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Jul 2025, 10:57 AM

remy ishak pertikai niat sebenar hollywood tonjol solidariti palestin dalam filem supermanFoto: Instagram

Pelakon terkenal tanah air, Datuk Remy Ishak melahirkan rasa kurang setuju terhadap tindakan pihak kapitalis industri filem Barat yang menurutnya memanipulasi penderitaan rakyat Palestin bagi tujuan pemasaran, khususnya melalui filem adiwira terkenal, Superman.

Remy, atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, mempersoalkan keikhlasan produksi filem berkenaan yang dilihat seolah-olah menunggang emosi penonton kononnya atas dasar solidariti terhadap Palestin, sedangkan motif utamanya mungkin berkait rapat dengan keuntungan semata-mata.

“Apabila penderitaan manusia dijadikan tema pemasaran, kita perlu tanya diri, adakah ini seni atau sekadar strategi komersial?

“Filem memang berkuasa menyampaikan mesej, namun jangan biarkan emosi kita dimanipulasi oleh kapitalis kreatif. Tiba-tiba Superman digambarkan sebagai pejuang Palestin? Jangan mudah terpedaya dengan propaganda Hollywood yang disusun rapi demi melariskan tiket, bukan kerana mereka benar-benar peduli tentang nyawa manusia,” katanya.

Walau bagaimanapun, bintang filem Keluang Man itu mengakui bahawa keputusan untuk menyokong atau menonton filem tersebut adalah hak peribadi setiap individu dan beliau menghormati pandangan berbeza.

“Saya tak marah pun. Itu hak masing-masing dan saya hormati pilihan individu. Apa yang saya suarakan ini hanyalah pandangan peribadi.

“Pada hemat saya, syarikat-syarikat perfileman besar cenderung menggunakan isu semasa sebagai strategi pemasaran berbanding menyampaikan solidariti yang jujur dan ikhlas,” ujarnya lagi menerusi platform Threads.

Namun begitu, Remy turut menyatakan bahawa jika penonton merasakan filem tersebut berjaya menyampaikan mesej dan memberi hiburan, beliau tidak menolak sepenuhnya pendapat tersebut.

“Kita tak perlu bersetuju dalam semua perkara, bukan?” tambahnya.

Sebelum ini, filem Superman arahan James Gunn mendapat pujian ramai penonton di seluruh dunia kerana berani menyelitkan mesej tersirat mengenai konflik kemanusiaan, melalui gambaran peperangan antara dua wilayah fiksyen, Boravia dan Jarhanpur.

Filem tersebut kini mencatat rekod sebagai filem nombor satu dunia dengan kutipan pembukaan global tertinggi bagi tahun 2025, mencecah AS$217 juta (RM1.1 bilion).

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us