Ada hari memang kita akan craving nak makan benda manis. Tapi ada orang lebih gemar kek yang masam-masam manis. Haaaaaa, jom kita cuba resepi yang dikongsi oleh Facebook Mas Cotek iaitu Kek Coklat Sour Cream

Yang paling penting nak buatnya pun mudah, tidak memerlukan mesin pengadun. Jom cuba!
Bahan-bahan:
225 gram mentega tanpa garam
40 gram serbuk koko
1 sudu teh garam
1 cawan air
220 gram tepung serbaguna
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
390 gram gula
2 biji telur
1/2 cawan krim masam (boleh digantikan dengan plain yogurt)

Cara-cara memasak:
1. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, kemudian masukkan gula. Ketepikan.
2. Dalam periuk berasingan, satukan serbuk koko, mentega, garam dan air. Didihkan bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga mentega cari. Biarkan ia sejuk.
3. Masukkan adunan tepung dalam mentega dan gaul sebati. Kemudian masukkan 2 biji telur.
4. Masukkan pula krim masam atau yogurt dan esen vanila. Sebatikan adunan tersebut.
5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175 darjah celcius/api atas dan bawah.
Sumber: Facebook Mas Cotek
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.