Pulut mngga merupaka sebuah hidangan yang sudah wujud turun temurun. Populariti terhadapnya tidak pernah merundum walau generasi bertukar.
Sekarang ini, ada banyak restoran-restoran berinspirasikan makanan Thailand yang menyediakan pilihan pemanis mulut ini. Tetapai, kadang-kadang kita lihat harganya agak melambung tinggi. Jika kita tidak memilih kedai yang betul, kita akan berhadapan dengan hidangan yang kurang autentik dan kuantiti yang sedikit dengan harga yang mahal.
Lagi puas sekiranya kita dapat membuatnya sendiri di rumah. Kita boleh buat sebanyak mana yang kita mahukan dan rasanya boleh kita ubah mengikut cita rasa kita sendiri. Kos membuat hidangan ini adalah sangat murah dan ia sangat mudah untuk dibuat. Mari kita lihat resepi di bawah.
Yang penting bagi menaikkan rasa lemak santan kita adalah sedikit garam yang kita letakkan. Kontras rasa lemak santan tersebut bersama rasa manis buah mangga dapat membangunkan deria sesiapa sahaja yang mencubanya, lagi-lagi mereka yang hantu mangga. Selamat mencuba!
Sumber: YouTube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.