Panas-panas ni, sedapnya lah kalau pekena air laici asam masin soda ni, dapat sejukkan tekak dan badan.
Jom buat, ini resepinya.
Bahan-bahan:
1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.
Cara-cara:
1)Cuci semua bahan hingga bersih.
2)Hiriskan lemon nipis nipis.
3)Sediakan bekas yang bersesuaian.
4)Letakkan daun pudina secukupnya.
5)Masukkan lemon yang telah dihiris.
6)Diikuti asam boi putih.
7)Masukkan buah laici / longan.
8)Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
9)Letakkan ketulan ais jika suka.
10)Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.
Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!
LIKE & SHARE
Sumber dari Facebook Koleksi Resipi Sedap Untuk Keluarga Tersayang
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.