![resepi kuih pelita yang mudah dan senang](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/66683912_1373461702803211_8501899900009578496_n.jpg)
Siapa dekat sini yang suka kuih tepung pelita? Ya allah sedapnya. Lagi-lagi masa bulan ramadhan dan kita beli dekat bazar!
Seorang pengguna Facebook ini berkongsi resepi mudah tepung pelita ini. Tak payah guna pengukus pun! Mari kita kongsi resepinya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahagian hijau:
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Beberapa helai daun pandan
Bahagian atas (putih)
1 cawan santan
- Kalau guna sebiji kelapa, sukat 4 cawan air dan perah. Kalau guna santan kotak, gunakan satu kotak kecil dan cairkan dengan air sehingga dapat 4 cawan
4 sudu tepung beras
Sedikit garam
Cara-cara membuatnya:
- Pertama sekali, buatkan acuannya. Jika anda seorang yang rajin dan suka rasa kuih yang autentik, bolehlah guna daun pandan. Ambil daunpandan dan gunting secara melintang sehingga ke separuh kelebaran daun tersebut. Buat 4 keratan. Lipatkannya menjadi kotak dan kepilkan guna ‘stapler’. Kalau nak lagi ‘old school’, gunakan lidi.
- Tapi kalau anda malas dan tak kuasa nak buat, guna cawan puding je. Senang. Guna yang cawan yan kecil.
- Selepas itu, taburkan sedikit gula halus di dalam setiap acuan. Kalau anda tiada gula halus, kisarkan sahaja gula pasir. Kisar kering ye, jangan basah pulak.
- Selepas itu, masakkan saja semua bahan yang untuk lapisan hijau itu di atas dapur. Masukkan dahulu ke dalam periuk, kacau sehingga sebati sebelum hidupkan api. Buka api perlahan dahulu. Kacau sentiasa sehingga adunan menjadi likat dan berkilat.
- Kemudian terus masukkan ke dalam acuan. Adunan hijau yang panas itu akan cairkan gula yang kita letak tadi.
- Kita bergerak ke bahagian putih pula. Langkahnya sebijik seperti cara buat lapisan hijau tadi.
- Kemudian, bolehlah tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Pastikan lapisan hijau tadi sudah separa pejal supaya aduann santan kita tidak tercampur dan tidak juga tertanggal daripada lapisan hijau tadi.
- Nah! Dah siap kuih pelita kita. Tidak perlu untuk kukus sebab kita dah masak di atas dapur.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook (Resepi: Sally Ahmad)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.