Keadaan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kali ini amat membimbangkan. Selepas surutnya banjir, mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing namun ada kemungkinan mereka akan kembali jua ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ini kerana terdapat risiko kejadian gelombang banjir yang bakal berulang lagi ketika monsun timur laut.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata kejadian banjir akan mungkin berlaku sekali lagi, sepanjang musim tengkujuh ini, walaupun cuaca semakin baik, sejak Isnin.
"Terdapat kemungkinan berlaku hujan lebat di Kelantan dan Terengganu pada 8 dan 9 Jan," katanya ketika menjadi tetamu dalam sebuah program pada Selasa malam.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Norhafifi Ismail turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pergerakan ketika musim tengkujuh.
"Pada musim tengkujuh, terdapat kemungkinan berlaku banjir, tanah runtuh, jalan putus yang boleh menyebabkan pengguna jalan raya terkandas. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika pengguna jalan raya tidak membawa bekalan makanan dan minuman dalam perjalanan," katanya.
Norhafifi juga berkata langkah mengurangkan pergerakan adalah selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha supaya orang ramai tidak keluar rumah bagi perkara yang tidak mustahak untuk membendung penularan COVID-19.
Sumber; Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.