kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC 2019) menjemput pasukan Junior Talent, AROV Esports, Team Secret dan VIP Squad menyertai 12 pasukan lain yang memenangi pusingan kelayakan.

Mereka dijemot kerana prestasi membanggakan di PMCO SEA baru-baru ini. Mengikut sumber Yoodo Gank berjaya memperoleh kelayakan pertama ke PMCO SEA Grand Finals sekali gus mereka dijemput secara terus ke Fall Split tanpa perlu bertanding di PMNC sementara Secret, Junior Talent, VIP Squad dan AROV masing-masing dipilih kerana mereka layak ke liga Asia Tenggara selama lima minggu itu.
Apa yang menariknya ialah, empat pasukan teratas akan mara ke PMCO Fall Split yang merupakan liga Asia Tenggara yang sama seperti Spring Split dan akan berlangsung selama lima minggu di Shanghai, China. PMNC 2019 akan diadakan di Quill City Mall pada 13 dan 14 Julai ini.
Sumber: MyGameOn
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.