Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Dua Lelaki Bersenjata Api Rompak Kedai Emas, Seorang Lagi Tunggu Dalam Kereta

Aimi Amira Nordin
04 Mar 2025, 01:31 PM

dua lelaki bersenjata api rompak kedai emas, seorang lagi tunggu dalam kereta

Foto sekadar hiasan

Sebuah kedai emas di dalam pasar raya berdekatan Bandar Baru Nilai, di Nilai, dirompak tiga lelaki bertopeng dan menggunakan senjata api pada malam Isnin.

Menerusi satu video tular berdurasi 30 saat di media sosial, yang memaparkan rompakan tersebut yang didakwa berlaku di sebuah kedai emas dalam pasar raya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Video berkenaan turut memaparkan dua suspek memakai topeng muka selain beberapa pekerja wanita dalam keadaan cemas.

 

Susulan daripada itu, kes ini telah mendapat perhatian dari Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim.

 

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.45 malam oleh seorang individu melalui panggilan MERS 999.

 

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah ditugaskan ke lokasi dan siasatan awal mendapati kejadian rompakan berkumpulan berlaku pada jam 8.36 malam.

"Suspek disyaki seramai tiga orang lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan yang mana dua suspek masuk ke dalam premis manakala seorang lagi menunggu dalam kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, seorang suspek dipercayai menggunakan senjata api semasa kejadian, siasatan juga mendapati tiada kecederaan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian.

 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222," katanya lagi.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us