Kejohanan Eropah menyaksikan sejarah baru dicipta apabila pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol yang membantu Portugal menewaskan Hungary awal pagi tadi.
Dalam aksi Kumpulan F itu, yang turut menempatkan Perancis dan Jerman, skuad kendalian Fernando Santos berkenaan memulakan kempen Euro kali ini dengan langkah kanan.
Portugal pada awalnya kelihatan sukar untuk melakukannya di depan 60,000 penyokong di Budapest sebelum percubaan terbias Raphael Guerreiro akhirnya memberikan mereka pendahuluan pada enam minit terakhir.
Ronaldo merupakan pemain pertama beraksi dalam lima edisi Euro, kembali menjadi tumpuan utama apabila memecahkan rekod jaringan tertinggi kejohanan itu menerusi golnya yang ke-10 dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Wili Orban menjatuhkan Rafa Silva.
Malam gemilang bintang Juventus itu berteruskan apabila dia kemudian menyumbat masuk gol kedua peribadinya untuk melebarkan rekod itu kepada 11 gol dalam waktu kecederaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.