Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Roti Canai Terbang Jadi Tarikan Utama di Ekspo 2025 Osaka

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Jun 2025, 12:20 PM

roti canai terbang jadi tarikan utama di ekspo 2025 osakaFoto: Bernama

"Roti canai terbang" menjadi daya tarikan istimewa di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.

Aksi melambung doh ke udara oleh dua penebar roti canai berbakat, Muhammad Muiz Ruzaini dan Mohamad Zul Imran Zulkifle, disertai aroma mentega yang harum, berjaya mencuri perhatian ramai sehingga ada yang sanggup beratur hingga dua jam semata-mata mahu merasai keenakannya.

Muhammad Muiz, penebar dari Kedah, mengakui tidak menyangka akan terpilih menyertai delegasi Malaysia ke Osaka.

“Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih bermakna ialah sambutan hangat daripada pengunjung,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi kegembiraan apabila menerima maklum balas positif daripada pengunjung luar negara yang rata-ratanya memuji rasa dan persembahan mereka.

“Selepas mereka makan, ramai yang datang semula dan berkata 'oishī' (atau enak). Malah, ada yang ulang sampai tujuh kali,” katanya.

Roti canai yang disediakan secara segar itu dijual dalam satu set lengkap bersama kari ayam dan dhal dengan harga 1,680 yen (RM49.82).

Jualan harian pula mencecah antara 1,000 hingga 1,600 keping, membuktikan sambutan hangat pengunjung dari Jepun, Korea Selatan, China dan negara-negara lain.

roti canai terbang jadi tarikan utama di ekspo 2025 osakaFoto: Bernama

Bagi Mohamad Zul Imran dari Pulau Pinang, beliau berharap pendedahan ini dapat membawa roti canai ke peringkat global.

“Saya berharap roti canai di Pavilion Malaysia menjadi hidangan nombor satu di Expo 2025,” katanya dengan penuh harapan.

Seorang pelawat Jepun, Yoko Yoshinaga, meluahkan keterujaannya selepas merasai hidangan itu.

“Ini kali kedua saya makan roti canai. Kali pertama saya nampak di X (dahulu Twitter), dan rasa yang tidak dapat dilupakan itu buatkan saya datang semula. Saya sanggup beratur sekali lagi hanya untuk alami semula pengalaman itu,” kata lelaki itu.

Yoshinaga juga memuji kemajuan Malaysia yang disifatkannya sebagai aman dan moden, selepas kunjungan terakhirnya ke negara ini 30 tahun lalu.

Sementara itu, pelawat lain, Hanako Sekimukai yang pertama kali mencuba roti canai turut berkongsi pandangan positif.

“Saya pernah ke Malaysia sebelum ini, tetapi tidak berkesempatan mencuba roti canai. Kari ayam yang dihidangkan bersama tidak terlalu pedas, menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan,” katanya sambil menambah bahawa persembahan budaya di pavilion tersebut membangkitkan kenangan manis semasa lawatannya ke Malaysia.

Roti canai, roti leper yang popular sebagai hidangan sarapan di Malaysia, diperbuat daripada campuran tepung, air, garam, mentega dan telur. Dohnya diregang, dilambung dan diputar di udara untuk menghasilkan tekstur berlapis dan rangup di luar, lembut di dalam.

Pada tahun 2023, roti canai tersenarai dalam “100 Makanan Jalanan Terbaik Dunia” oleh TasteAtlas.

Pavilion Malaysia yang berdiri di atas tapak seluas 2,654.52 meter persegi dengan tiga tingkat, membawa tema “Menenun Masa Depan dalam Keharmonian”, menampilkan komitmen negara terhadap masa depan yang inklusif, lestari dan penuh kepelbagaian budaya.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us