Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Rumah Kebajikan Catu Makanan Kanak-Kanak? - “Mereka Dibiarkan Kotor, Berlapar.. Tanpa Harapan”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
10 Apr 2025, 11:01 AM

rumah kebajikan catu makanan kanak-kanak? - “mereka dibiarkan kotor, berlapar.. tanpa harapan”Foto: Tangkapan skrin layar

Kita selalu percaya bahawa rumah kebajikan adalah tempat di mana anak-anak yatim diberi perlindungan dan kasih sayang.

Tapi apa yang berlaku di The Rainbow Home sangat mengejutkan dan lebih teruk daripada yang mereka bayangkan.

Menerusi sebuah video, badan bukan kerajaan, Malaysia Fight League (MFL) dan Malaysia Grit League (MGL), baru-baru ini melawat sebuah rumah kebajikan, The Rainbow Home untuk tujuan amal, tapi yang mereka temui adalah satu pendedahan yang sangat memeranjatkan.

Mereka menjelaskan, anak-anak yatim yang sepatutnya dilindungi, malah diperlakukan seperti tahanan di sana.

“Mereka dikurung, tidak diberi makan dengan baik, dan lebih mengecewakan, sumbangan yang dihantar untuk mereka langsung tidak sampai ke tangan mereka.

“Keadaan ini lebih teruk daripada apa yang digambarkan—budak-budak ini sepatutnya berhak mendapat kehidupan yang lebih baik, tapi mereka dibiarkan dalam keadaan kotor, kelaparan, dan tanpa harapan,” ujar mereka menerusi sebuah video.

rumah kebajikan catu makanan kanak-kanak? - “mereka dibiarkan kotor, berlapar.. tanpa harapan”Foto: Tangkapan skrin layar

Dalam pada itu, laporan telah dibuat, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas rumah kebajikan tersebut.

Keadaan ini dilihat semakin berlarutan dan semakin memburuk sehingga menyebabkan pihak MFL dan MGL tidak lagi boleh berdiam diri lagi.

Mereka percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk hidup dengan kasih sayang, makanan yang cukup, dan persekitaran yang selamat, tetapi di rumah kebajikan tersebut , semua itu tidak ada.

Dalam pada itu, kanak-kanak itu bukan sahaja tidak dilindungi, tetapi dibiarkan hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

Oleh kerana itu, pihak MFL dan MGL menyeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa atau sokongan supaya tindakan yang lebih drastik dapat diambil.

Ini bertujuan bagi membela nasib anak-anak ini supaya tidak lagi dibelenggu ketakutan dan dapat menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: TikTok @malaysiafightleague

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us