Foto: Tangkapan skrin layar TikTok
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan rasa kecewa dan terkejut selepas mendakwa salah sebuah rumah miliknya telah diceroboh dan dijadikan lokasi untuk kegiatan tidak bermoral, termasuk pelacuran serta penagihan dadah. Kediaman berkenaan dipercayai terletak di kawasan Sungai Buloh.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh beliau menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya baru-baru ini. Dalam video berdurasi beberapa minit itu, Aliff Syukri dilihat menyerbu rumah berkenaan dan berdepan dengan seorang wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di premis tersebut.
“Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Pakai seksi macam ni. Dia jual diri ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau,” ujar Aliff dalam video berkenaan, sambil menahan marah ketika melihat keadaan rumahnya yang telah diceroboh.
Menurut Aliff, beliau tidak menyangka rumah miliknya itu telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang dan norma masyarakat. Malah, beliau juga berkongsi bahawa dirinya berasa kurang sihat akibat tekanan perasaan selepas mengetahui hal tersebut.
@papalarisofficial Papa sungguh tak sangka. Rumah papa , kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab.. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam.. Rumah Papa, dibuatnya sarang pelac**an dan sarang D*d*h. MasyaALLAH, apa yang perlu papa buat 😱 Papa Buntu dan kecewa sangat sangat.. Patot ke papa lepaskan atau Papa call Polis ? #i ♬ original sound - Aliff Syukri Kamarzaman
“Papa sungguh tak sangka rumah papa kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam. Rumah papa dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat. Patut ke papa lepaskan atau hubungi polis?” luahnya dalam kapsyen video berkenaan.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memberikan sokongan moral kepada Aliff dan menasihatkan agar beliau segera membuat laporan kepada pihak polis supaya siasatan dan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan terhadap individu yang terlibat.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai tindakan susulan atau hasil siasatan terhadap insiden tersebut. Namun begitu, insiden ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan warganet yang turut bimbang dengan isu keselamatan dan penyalahgunaan hartanah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Aliff Syukri sebelum ini dikenali sebagai figura yang sering berkongsi kehidupan peribadi dan isu semasa di media sosial. Pendedahan terbaharunya ini sekali lagi menarik perhatian ramai, dan menimbulkan persoalan tentang keperluan pengawasan lebih ketat terhadap rumah sewa atau rumah pelaburan yang ditinggalkan tanpa penghuni.
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.