
Ketika membeli cincin, penting juga untuk kita memilih saiz cincin yang betul selain dari jenis cincin. Ini sangat penting agar kita tidak tersalah saiz ketika membeli cincin untuk diri sendiri ataupun pasangan.
Yang paling utama adalah kita perlu mengetahui saiz jari. Jika anda membeli cincin di kedai emas, mereka mempunyai alatan khas yang boleh mengukur saiz jari anda dengan tepat dan mudah tetapi anda juga boleh melakukan kaedah manual yang boleh dilakukan di rumah dan alatan yang digunakan juga sangat senang untuk didapati.
Alatan Yang Perlu Digunakan:
1. Kertas atau Benang
2. Gunting
3. Pensil
4. Pembaris

Caranya:
Tenangkan jari jemari anda.
Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang anda anggaran sejengkal.
Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.
Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi
Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm".
Rujuk panduan saiz cincin/ukur lilit jari
Ukur jari anda pada waktu siang kerana waktu ini jari sedang mengembang dan saiznya juga mungkin berubah apabila ukuran dilakukan pada waktu malam.
Sumber dari Siakap Keli dan ikahwin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.