Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Komplimentari Gemilang Saluran 100 Untuk Semua Pelanggan Astro

Bermula 21 Ogos hingga 18 September
16 Aug 2022, 11:49 PM

komplimentari gemilang saluran 100 untuk semua pelanggan astro

Sempena meraikan Hari Kebangsaaan dan Hari Malaysia, Astro menawarkan lebih daripada 150 program khas untuk pelanggan setia Astro secara percuma bermula 21 Ogos hingga 18 September ini.

Pelbagai kisah dan hiburan Malaysia terhebat terdiri dari genre hiburan, varisasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di Gemilang Saluran 100 menerusi TV, On Demand dan Astro GO.

komplimentari gemilang saluran 100 untuk semua pelanggan astro

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, “Video Gemilang Bersama kami memaparkan Nurin Amalin yang berusia 19 tahun, seorang para-atlet yang kehilangan penglihatannya ketika berusia 10 tahun. Menerusinya, kita akan melihat warna dan nilai yang dimaksudkan sebenarnya."

Menerusi Gemilang Saluran 100. Para pelanggan boleh menikmati kekayaan barisan kandungan terkini dan bakal ditayangkan buat pertama kali seperti: -

  • All Together Now Malaysia Merdeka Special: Rancangan yang memaparkan selebriti- selebriti tersohor negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan generasi yang inginkan trofi khas All Together Now Merdeka
  • Satu Tong, komedi yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Komedi ‘feel good’ ini mengingatkan kita akan keikhlasan dan sikap bantu-membantu di kalangan rakyat Malaysia
  • Dokumentari Malaysia In Their Eyes dan The Conservationists oleh pengarah tersohor KC Chiu. Dokumentari pertama memaparkan keindahan negara kita menerusi mata lapan penduduk asing yang berkongsi kisah kehidupan mereka di Malaysia, berkongsi mengapa mereka memilih Malaysia sebagai rumah baharu mereka dan mengingatkan kita kekayaan budaya dan kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan kita
  • 270 min Ke Piala Asia, sebuah dokumentari yang merakam perjalanan pasukan bola sepak negara yang penuh dengan tangisan, kegembiraan dan pengorbanan secara kronikal dalam melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam 42 tahun
  • Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, saksikan The Making of Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di saluran Gemilang. Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan filem blokbuster penuh aksi mengenai pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta semangat petriotisme Ketika berkhidmat dan menjaga keselamatan kita semua. File mini akan ditayangkan pada 25 Ogos dan dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Dato Adi Putra, Aiman Hakim, Nas-T, Sara Ali, Carmen Soo, Anas Ridzuan, Jack Tan, Johan As’ari, Iman Corinne, Luqman Hafidz, Pablo Amirul, Scha Alyahya, Sangeeta Krishnasamy, Azira Shafinz dan banyak lagi.
  • Chit Chat Ceria memaparkan bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia yang berbeza dengan golongan dewasa menerusi interaksi dengan hos Alif Satar, Sissy Iman serta
    tetamu-tetamu undangan, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Michael Ang.

Saksikan jua Kampunglympics and Agak-Agak Cooking Show serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2, The Kid from The Big Apple, P. Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2 dan banyak lagi.

Astro Radio juga akan menganjurkan pelbagai program menarik termasuk memutar lebih banyak lagu- lagu tempatan di seluruh 11 stesen radio serta aplikasi SYOK sempena Hari Kebangsaan.

Go Shop akan mengadakan 'Go Gemilang Sale' yang menawarkan baucar diskaun sehingga RM112 bermula 8 Ogos sehingga 18 September 2022. Para pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa pembelian minimum bermula 31 Ogos sehingga 4 September serta 16 September sehingga 18 September.

Selain daripada itu, para pelanggan boleh menonton rancangan TV khas pada saluran Go Shop, laman sesawang dan aplikasi mobil- Kak Joy & The Geng, Inspirasi Malaysia, Keluarga Mahabbah, Go Cuti dan Rencah Go Shop. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.

Pelanggan-pelanggan NJOI boleh mendapatkan 2 bulan akses percuma Pek HD dan kredit RM30 apabila mereka membeli NJOI Box dari NJOI Store www.njoi.com.my, penjual NJOI di seluruh negara atau platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan Go Shop bermula sekarang sehingga 30 September.

Menerusi Astro Rewards, 100 pelanggan Astro berpeluang untuk menang HONOR Band 6 dengan menjawab soalan-soalan trivia berkenaan dengan saluran Gemilang. Klik di sini untuk halaman peraduan.

komplimentari gemilang saluran 100 untuk semua pelanggan astro

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gemilang Bersama, klik di sini. #GemilangBersamaAstro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.