Sambutan tahun baharu secara besar-besaran masih lagi tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut kata beliau, perhimpunan berskala besar akan menyukarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal.
Namun, sambutan secara kecil-kecilan yang melibatkan ahli keluarga masih dibenarkan.
"Sambutan secara perhimpunan masih tidak dibenarkan kerana ia masih lagi tersenarai dalam senarai larangan," katanya Isnin lalu di sidang akhbar.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.