
Foto: Instagram
Wanita yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine menuntut pampasan sebanyak RM875,000 (S$250,000) daripada penyanyi tersebut selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa tindakan undang-undang tidak berasas.
Terbaru, Sarah berkongsi satu surat tuntutan (Letter of Demand) yang dihantarnya kepada Aliff berhubung kes ‘khalwat’ yang pernah menggemparkan dunia hiburan tahun lalu.
Difahamkan, tuntutan dibuat Sarah Yasmine selepas Aliff Aziz mengaku bersalah di mahkamah pada 21 Februari 2025 atas pertuduhan berdua-duaan dengan seorang pelakon Malaysia.
“Pengakuan itu mengesahkan semua kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut adalah benar dan bukan fitnah.
“Walaupun begitu, anda tetap memfailkan tuntutan terhadap saya hingga membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024.
“Tindakan undang-undang ini tidak berasas dan bertujuan untuk menutup kebenaran,” katanya.

Foto: Instagram
Sarah berkongsi perkara tersebut menerusi notis tuntutan (letter of demand) yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Lebih panas, wanita kelahiran Singapura itu turut memberi tempoh tujuh hari kepada pelantun lagu Sayang Sayang itu untuk melunaskan bayaran tersebut atau berdepan tindakan lanjut.
“Ini hanyalah permulaan. Sesiapa yang telah menganiaya saya, terutama mereka yang mencipta fitnah, bersiap sedia.
“Anda tahu siapa anda. Kebenaran pasti akan menang,” luahnya.
Sebelum ini, Sarah menerima notis mahkamah di Singapura yang menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Aliff.
Namun begitu, pertikaian tersebut dapat diselesaikan secara baik melalui mediasi di mahkamah tanpa perbicaraan susulan.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.