Berapa haiwan peliharaan yang paling banyak korang pernah ada?
Mungkin paling banyak pun mungkin 10 ekor kucing, tapi tak boleh kalahkan sebuah keluarga di England ini yang mempunyai 81 ekor haiwan eksotik di kediaman rumah mereka.
Keluarga lapan beranak itu berkongsi rumah mereka dengan 81 haiwan eksotik termasuklah ilar sawa, tarantula, meerkat dan juga skunk albino.
Scott Gavin, ayah kepada enam cahaya mata menyatakan bahawa dia amat yakin dengan anak-anak kecilnya sentiasa selamat walaupun dikelilingi haiwan yang dianggap bahaya seperti ular.
Scott dan isterinya Leanne, mengatakan cinta mereka kepada binatang telah diturunkan kepada anak-anak terutama sekali, anak mereka Robert yang merupakan kanak-kanak autistik.
“Anak bongsu saya, Megan yang menghidap down sindrom turut menyukai ular.
“Jika hari itu cerah, saya membiarkan ular berkeliaran bebas di taman,” ujar Scott.
Sumber: Mirror.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.