Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Visa Indonesia Dan 13 Negara Lain Digantung Sementara Oleh Arab Saudi

IDRUS, Husna Najwa
07 Apr 2025, 01:00 PM

visa indonesia dan 13 negara lain digantung sementara oleh arab saudi

Foto: The News

Kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan visa sementara terhadap 14 negara, termasuk Indonesia pada musim haji.

Menurut The News, larangan terbabit dikenakan terhadap visa umrah, perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka berakhir pada pertengahan bulan Jun.

Sumber diplomatik turut memaklumkan, pemegang visa umrah hanya boleh memasuki Arab Saudi sehingga 13 April ini.

“Negara lain yang termasuk dalam senarai sekatan adalah India, Bangladesh, Mesir, Pakistan, Iraq, Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Ethiopia, Tunisia dan Yaman”.

Menurut Dhaka Tribune, Kementerian Luar Arab Saudi, memaklumkan penggantungan visa sementara ini bertujuan untuk membantu mengawal perjalanan pada musim haji, selain memastikan keselamatan terkawal.

Pihak berkuasa menggesa pemohon visa supaya mematuhi peraturan baharu itu serta mengeluarkan amaran, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti.

Menurut sumber, sesiapa yang kekal di Arab Saudi secara haram mungkin berdepan larangan masuk selama lima tahun pada masa hadapan.

Faktor utama sekatan sementara ini dilakukan termasuk kebimbangan terhadap cubaan menunaikan haji tanpa kebenaran dengan mengambil contoh kejadian pada musim haji lalu apabila ada individu yang masuk menggunakan visa pelbagai, namun tinggal secara haram hingga musim haji untuk menunaikan ibadah itu.

Keadaan tersebut menyumbang kepada kesesakan dan risiko keselamatan.

Faktor lain mendorong sekatan sementara ialah pemegang visa lawatan keluarga atau perniagaan yang bekerja secara haram, melanggar syarat visa dan mendatangkan gangguan kepada pasaran buruh.

Sumber: Agensi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us