Seorang peniaga dipercayai berbangsa Türkiye berkongsi tentang jemaah haji dari Malaysia adalah yang paling dihormati, bahkan badan mereka tidak berbau seperti jemaah haji dari negara lain.

Menurut perkongsian di laman Instagram milik Saiful Nang, dia berkongsi ketika orang Malaysia membeli-belah di kedai peniaga tersebut, mereka memaklumkan berasal dari Malaysia sebelum peniaga itu mengucapkan ‘masya-Allah’.
“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.
“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye.
“Saya ada ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami ( Türkiye) seperti dari Jordan, Lubnan. Mereka akan cakap Muslim kami lebih baik daripada mereka.
“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.