Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nak Jumpa Leader Industri AI & Biotek? Nak Cari Solusi Pintar? Semuanya Ada Di #SDEC2023

Jom ramai-ramai ke acara tahunan SIDEC 19 hingga 22 Oktober ni!
Izza Yatim
13 Oct 2023, 04:05 PM

Artikel ini ditaja oleh Sidec

konvensyen bandar pintar dan ekonomi digital 2023Kredit: Canva; Edit: SINAR

Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2023 kembali lagi!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) ini menghimpunkan pemimpin industri, ahli akademik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor kerajaan dan swasta melalui satu pengisian menarik untuk berkongsi idea dan kepakaran dalam merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital.

Melalui program ni, bolehlah mereka yang terlibat dalam bidang sains teknologi mendapatkan pandangan dan idea daripada leader industri dan pakar ASEAN dalam mencari peluang melibatkan diri atau meningkatkan perniagaan yang diusahakan, menggunakan teknologi terkini. 

Memang meriah tau SDEC ni! Jom tengok sekitar acara tahun lalu!

Dah masuk tahun ke-8 ni tentunya ramai yang teruja nak tahu apa kelainan yang ada pada konvensyen tahun ini yang dianjurkan Sidec dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor kan?

Ini yang menariknya tentang konvensyen tahun ni!

#1 SDEC 2023 mengangkat tema Merevolusikan Landskap Digital dengan AI, Net Zero dan Bioteknologi

Tapi… penting ke AI, pelepasan karbon sifar dan bioteknologi dalam dunia digital sekarang?

Jawapannya PENTING! Sebab sana sini orang dah mula menggunakan AI dan bioteknologi serta menuju ke arah pelepasan karbon sifar yang ternyata memudahkan urusan seharian dan pada masa sama melestarikan bumi. 

Dan jika anda mahir dengan teknologi ni, sudah tentu lebih peluang untuk melebarkan sayap dalam bidang teknologi hijau. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan meminimumkan pelepasan gas rumah hijau, memaksimumkan tenaga guna semula serta terlibat dalam pengurusan pertanian mampan.

Barulah lebih mudah misi Malaysia menjadi negara karbon sifar menjelang 2050 direalisasikan.

#2 Untuk PKS yang sedang mencari ruang dan peluang pemasaran, ada 250 ruang pameran dan dijangkakan lebih 15,000 pengunjung bakal memeriahkan acara ni.

Jadi boleh bayang berapa besar potensi yang menanti, kan? 💡

Buat pengunjung pula, anda semua boleh lah ‘cuci mata’ dengan pelbagai produk atau perkhidmatan ditawarkan PKS yang terlibat ni.

Kalau dah sampai 250 ruang pameran, memang bermacam-macam ditawarkan. Jangan lepaskan peluang tau, percuma je!

#3 Ada tiga persidangan major dan 1 pitching session yang menanti peserta sepanjang 4 hari acara berlangsung.

SME Digitalisation Summit: Driving Milion Dollar Growth in the Digital Era
Tarikh:
19 Oktober
Topik: Pelbagai topik perkembangan digital khusus untuk SME bakal dibincangkan

SME ESG Summit: Accelerating Sustainable Transformation in Retail Supply Chains
Tarikh: 20 Oktober
Topik: Topik rantaian bekalan runcit yang komprehensif

Al, Net Zero & Bio Tech Investor Summit
Tarikh: 21 Oktober
Topik: Pelbagai topik berkaitan AI dan teknologi bio bakal diketengahkan

Selangor Acceleration Programme (SAP) Demo Day
Tarikh: 22 Oktober
Topik: Saksikan 40 ‘tech startups’ membuat perbentangan idea sekali gus bersaing mendapatkan sebahagian daripada RM50,000!

#4 Bukan senang nak dapat ilmu daripada mereka yang hebat dan pakar dalam bidang AI dan bioteknologi ni.

Tapi di konvensyen ni ada lebih 60 leader industri, speaker antarabangsa dan ahli panel terkemuka yang akan berkongsi ilmu dalam bidang masing-masing termasuklah AI, bioteknologi dan teknologi hijau. YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Ketua Menteri Selangor pun ada!

Ha, bukan calang-calang kan? Sebab itulah acara tahunan ni sangat dinantikan mereka yang terlibat dalam industri termasuklah ahli akademik, pekerja swasta dan kerajaan serta PKS.

Jom ramai-ramai ke pameran PERCUMA SDEC 2023!

📍 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

🗓️19 hingga 21 Oktober 2023, Sabtu

⏰ 9.30 pagi hingga 5 petang

Untuk yang berminat untuk mengikuti persidangan, anda boleh dapatkan tiket di www.sidec.com.my/sdec.

Bagi anda yang nak berkunjung ke Dewan Pameran untuk melihat produk dan perkhidmatan onz ditawarkan, masuk PERCUMA ya! Anda hanya perlu daftar saja di link yang sama, mudah kan!

poster konvensyen bandar pintar dan ekonomi digital 2023Kredit: Sidec

Jadi apa tunggu lagi?

Inilah masanya anda berhubung dengan leader industri dan meneroka peluang pelaburan dalam bidang AI, net zero dan bioteknologi. 

Jumpa anda di #SDEC2023!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.