Buat pemilik kucing, sudah pasti merasa sedih apabila kucing kesayangan anda melarikan diri dari rumah dan tidak lagi kembali.
Namun, tahukah anda ia mungkin berpunca daripada tingkah laku pemilik kucing itu sendiri?
Menurut sumber, terdapat beberapa sebab kenapa kucing bertindak melarikan diri dari rumah:
1. Kurang diberikan perhatian
Kucing yang bersifat manja cepat terasa jika kurang mendapat perhatian daripada tuan mereka, lagi-lagi jika ketika itu anda sedang memelihara kucing lain di rumah yang sama.
2. Sakit parah
Kucing biasanya akan mencari tempat gelap yang jauh dari manusia untuk ‘pergi’ buat selama-lamanya. Kucing yang sakit sudah tahu masanya sampai, jadi ia tidak mahu membuatkan anda sedih.
3. Tekanan
Kucing yang pergi meninggalkan anda mungkin merasa rimas dan tertekan dengan suasana dalam rumah. Mereka merasa tidak selamat dan aman untuk tinggal disitu, dan nekad keluar mencari tempat yang lebih baik.
4. Mencari pasangan
Ini biasanya terjadi kepada kucing jantan yang akan keluar dari rumah bagi mencari kucing betina diluar. Tetapi biasanya ia akan pulang selepas ‘urusannya’ selesai, melainkan tuan rumah kucing pasangannya itu mahu menjaga kucing jantan anda.
Apa pula pendapat anda? Apa lagi sebab yang menyebabkan kucing anda keluar dari rumah?
Sumber: Verst / Bobo.id
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.