
Datuk kepada salah seorang daripada tujuh suspek yang ditangkap polis dalam kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkejut dan sebak bila dimaklumkan cucu terlibat dalam kes tersebut.
Amrun Baksu, 55 bekerja sebagai penjaga tandas tandas di tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz itu mengatakan cucunya merupaka seorang yang baik tetapi terjebak dalam gejala sosial disebabkan pengaruh kawan – kawan.
“Itu anak (cucu) dia memang baik tapi disebabkan pengaruh kawan (masalah sosial).
“Kawan dia terlalu kuat (pengaruh),” katanya semasa ditemui MalaysiaGazette.
Wartawan menunjukkan gambar suspek yang juga cucunya, Amrun dilihat sedih dan terkedu sebaik melihat gambar yang dikeluarkan oleh polis semalam.
Cucunya itu tidak bersekolah, ibu bapanya sudah bercerai dan menghabiskan banyak masa melepak dengan kawan-kawan.
Maklumat terkini :
Ketujuh-tujuh yang ditangkap telah dibawa ke mahkamah dan direman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 September.
Hasil ujian air kencing menunjukkan enam daripada suspek positif ganja dan dipercayai khayal semasa melakukan perbuatan tersebut.
Sumber: MalaysiaGazette
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.