Pelbagai spekulasi mengenai kes pembunuhan Zayn Rayyan yang kian tersebar di media sosial ketika ini sehingga menimbulkan kekeliruan warganet.

Susulan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan susulan penyebaran maklumat didakwa fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial sejak semalam.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyekat penyebaran maklumat terbabit termasuk menurunkan kandungan yang dikesan dimuat naik di Telegram.
Malah, beliau juga menegaskan bahawa segala perkara membabitkan siasatan kes kanak-kanak autistik itu perlu melalui dari pihak rasmi.
“Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan (pelaku) kemudian kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan.
“Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.