Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Sebelum Tidur Mesti Main Fon? Haaa Jaga-Jaga Ia Boleh Meningkatkan Risiko Kemurungan

Mesti pernah buat. Kalau tak pun mesti akan tengok telefon untuk check Whatsapp sebelum tidur.
Editor
25 Sep 2020, 03:11 PM

Biasa lah zaman sekarang ni semuanya ada di hujung jari. Segala berita, info dan hiburan boleh dapat dalam fon. Ada internet yang pantas, settle! Semua benda jalan.

Sampai sebelum tidur pun akan masih melayan fon. Ada yang akan membalas mesej atau baca Twitter. Ada yang jenis melayan Youtube sampai tak sedar mata dah terlelap.

sebelum tidur mesti main fon? haaa jaga-jaga ia boleh meningkatkan risiko kemurungan

Rupanya amalan yang selalu kita lakukan ini boleh membahayakan kesihatan terutama sekali bahagian mata.

Ini kerana cahaya biru yang dipancarkan dari telefon sebenarnya sangat 'tajam' pada waktu malam, lagi-lagi dengan keadaan bilik yang gelap.

Cahaya itu bukan sahaja boleh merosakkan penglihatan kita tetapi juga produktiviti hormon melatonin yang bertanggungjawab untuk membolehkan anda tidur termasuk lima perkara ini;

1. Merosakkan retina mata

via GIPHY

Cahaya daripada telefon memiliki gelombang pendek yang mempengaruhi penglihatan sekaligus merosakkan retina mata dalam tempoh jangka panjang.

2. Boleh meningkatkan risiko kemurungan

via GIPHY

Eh apa kaitan kita menghadap tengok skrin sebelum tidur dengan kemurungan? Okay, menatap skrin telefon pada waktu malam bukan sahaja merosakkan mata tetapi juga kesihatan mental termasuk risiko masalah kemurungan.

Lagi pun, tahap kecergasan kita juga akan menjadi lebih rendah pada waktu siang ditambah lemah berfikir kerana kurang tidur yang menyebabkan lemah emosi dan mental.

3. Tingkatkan risiko kanser

via GIPHY

Menurut pernyataan dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), telefon dapat menjadi penyebab kanser kerana terdedah kepada radiasi elektromagnetik yang telah dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti payudara dan prostat.

4. Mampu mempengaruhi otak

via GIPHY

Sangat lah bertentangan dengan nama 'telefon pintar', pendedahan berlebihan terhadap gajet boleh mempengaruhi otak manusia.

Ini kerana penggunaan telefon sebelum tidur bukan sahaja mengganggu waktu tidur tetapi otak juga tidak mampu memperbaiki dan berehat selepas seharian bekerja.

5. Mata boleh menjadi tegang

via GIPHY

Melihat cahaya biru dari gajet dalam gelap akan mengakibatkan mata menjadi tegang dan sakit. Jika ia berlarutan, ia boleh merosakkan mata secara kekal.

Jadi hati-hati la eh. Kalau boleh kurangkan melihat telefon sebelum tidur.

Sumber

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }