Walaupun cuaca di negara kita ketika ini makin panas, tapi tak semua rumah mempunyai pendingin hawa. Bukan sahaja ia mahal tetapi bil elektrik akan makin meningkat apabila kita menggunakannya.
Sebab itulah ramai sanggup bertahan dengan keadaan rumah yang bahang. Kadang kala bahangnya panas sangat sampai ke malam hingga nak tidur pun susah.
Bagi rumah yang ada masalah tiada pendingin hawa, anda boleh melakukan perkara-perkara ini untuk mengurangkan rasa bahang atau panas dalam rumah.
1. Letak ais ketul dalam bilik
Ambil ais letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Kalau anda menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ni di depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekaligus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Boleh la kalau nak cubalah cara ini.
2. Letak besen berisi air dalam bilik
Perasan tak kenapa bilik air akan sejuk saja. Ini kerana bilik air ada bekas air atau akan selalu disirami dengan air. Tapi jangan la pula siram air di lantai rumah. Ada caranya kalau nak bilik atau ruang rumah yang lain sejuk.
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen berisi air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah lebih sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu. Kalau nak dapatkan kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
3. Halakan kipas ke arah tingkap
Ketika cuaca panas ni kan, hari malam bilik pun akan rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun akan rasa panas kerana udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Kalau pasang kipas laju pun keadaannya akan sama saja, malah ia akan jadi makin bahang sebenarnya. Jadi untuk kurangkan udara panas dalam bilik, lebih baik menggunakan kipas berdiri, pasangkan kipas dan menghala ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
4. Guna lampu yang jenis kurang memancarkan haba
Disarankan untuk menggunakan ‘fluorescent bulb’. Lampu jenis ini menawrkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. ‘Fluorescent bulbs’ kurang menggunakan tenaga elektrik dan padamkan lampu pada ruang yang tidak digunakan.
5. Boleh letak pokok ekor kucing dalam rumah
Ada beberapa jenis tanaman akan membantu menyejukkan ruang dan antaranya adalah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok akan bantu menyejukkan rumah.
6. Beli pelembap udara (air humidifier)
Air humidifier tidak semahal aircond dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
Sekadar tips tambahan yang boleh membantu anda.
7. Tukar cadar
Bagi mengelakkan rasa gelisah ketika tidur yang puncanya datang dari kepanasan, anda boleh tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
8. Tutup langsir
Ketika cuaca panas, lebih baik tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
9. Tidur di bahagian bawah
Haba panas akan naik ke atas. Oleh itu, kalau waktu malam terasa bahang. Anda boleh angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Sumber: Vanilla Kismis