Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Di Mana Kan Ku Cari Ganti,” Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tan Sri P. Ramlee

Tiada seniman seperti beliau. Al-Fatihah
nura
22 Mar 2021, 04:58 PM

"Bila aku sudah tiada nanti, aku akan hidup seribu tahun lagi,” merupakan salah satu ungkapan seniman negara Tan Sri P. Ramlee.

“di mana kan ku cari ganti,” selamat ulang tahun kelahiran tan sri p. ramlee

Sebut sahaja nama beliau, sudah pasti akan terbayang nyanyian merdunya dalam filem seperti Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali, Do Re Mi dan paling karyanya yang paling ikonik, Pendekar Bujang Lapok.

Sehingga hari ini, filem dan lagunya mampu menyiburkan hati ramai orang dan tidak pernah bosan apabila diulang berkali-kali.

P. Ramlee atau nama sebenarnya, Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh adalah sebuah nama yang cukup terkenal di persada seni tanah air. Anak kelahiran Pulau Pinang ini digelar sebagai Seniman Agung Negara. Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.

Beliau merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis lirik dan pemuzik prolifik yang telah menghasilkan 60 buah filem dan 250 buah lagu.

“di mana kan ku cari ganti,” selamat ulang tahun kelahiran tan sri p. ramlee

“di mana kan ku cari ganti,” selamat ulang tahun kelahiran tan sri p. ramlee

 

Memang tidak boleh dinafikan bakat dan kredibiliti yang ada pada P. Ramlee sehingga dapat menarik perhatian orang ramai di peringkat antarabangsa pada era 1950-an dan 1960-an.

Bukan itu sahaja, dalam setiap filem arahan P. Ramlee, ia turut menerapkan nilai persahabatan dan menyelitkan nilai-nilai murni serta pengajaran selain memaparkan realiti kehidupan orang Melayu pada zaman itu.

Dialog-dialog menarik yang dilakonkan dalam filem-filemnya turut menjadi ungkapan yang sering diingati sehingga hari ini.

Meskipun kekurangan alat teknologi pada zaman berkenaan, seniman P.Ramlee tetap berjaya menghasilkan filem-filem hebat.

“di mana kan ku cari ganti,” selamat ulang tahun kelahiran tan sri p. ramlee

P. Ramlee menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. 

Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

Selamat ulang tahun kelahiran Tan Sri P. Ramlee, terima kasih kerana sentiasa menghiburkan kami dulu, kini dan selamanya.

Sumber:  Awani / Wikipedia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us