Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila dua individu tular bergaduh di sebuah kedai runcit.

Namun, mereka berdua akhirnya memilih untuk berbaik dan tidak mahu insiden tersebut berlarutan.
Perkara itu susulan tersebar gambar dua lelaki terbabit bersalam dipercayai di sebuah balai polis.
Pelbagai reaksi yang diberikan terhadap tindakan dua lelaki tersebut yang berdamai selepas pergaduhan itu.
“Semoga asbab pergaduhan tersebut mereka menjadi kawan baik yang bukan biasa-biasa baiknya,” kata Rezqi.
“Bagus-bagus tak elok kita berperang bergaduh berpanjangan lebih baik banyak kawan dari pada banyak lawan,” kata Awae.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.