
Pakar Perunding Psiaktri dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, tahap obses aktiviti selfie dalam kalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Menurutnya, penyelidikan terhadap trend ini tidak banyak dilakukan dan ianya masih memerlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan sebagai satu jenis penyakit. Ini amat membimbangkan kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan terhadap fizikal ataupun mental seseorang.
"Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu 'mental disorder' terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.
"Setakat ini terdapat kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,' katanya.
Dalam kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang dalamkajian tersebut mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
"Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.
"Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial," katanya.
Daripada ketiga-tiga jenis selfitis tersebut, selfitis akut dan kronik akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto bahaya.
"Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.
"Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan," katanya.
Malah dia berkata trend berselfie ini ada kaitan dengan narsisistik personaliti' bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.
"Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
"Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie kerana mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya," katanya.
Trend selfie ini juga dikaitkan dengan individu yang sangat bangga dengan diri sendiri dan mengharap pujian dari orang ramai.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.