Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Seludup 'Squid Game' Ke Korea Utara Lelaki Dihukum Mati

Diseludup masuk menggunakan pemacu pena (pendrive)
Aimi Amira Nordin
25 Nov 2021, 04:05 PM

seludup 'squid game' ke korea utara lelaki dihukum mati

Gara-gara menyeludup siri Squid Game ke Korea Utara, seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh pihak berkuasa negara itu. 

Dia diajatuhkan hukuman selepas pihak berkuasa negara itu mengesan terdapat pelajar sekolah menengah menonton rancangan tersebut.

Agensi berita bebas, Radio Free Asia (RFA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, siri itu diseludup masuk menggunakan pemacu pena (pendrive) dan kini penyeludup itu bakal berdepan hukuman tembak mati.

“Seorang pelajar yang membeli ‘pendrive’ itu menerima hukuman penjara seumur hidup manakala enam yang lain yang menonton rancangan itu dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun.

“Guru serta pentadbir sekolah telah dipecat dan dibuang kerja untuk bekerja di lombong terpencil,” menurut laporan itu yang memetik sumber.

Korea Utara meluluskan akta “Elimination of Reactionary Thought and Culture” pada tahun Disember 2020 yang melarang sebarang jenis penyebaran bahan budaya seperti muzik, filem, drama serta buku di negara itu. 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us