Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Sempat Berbual Di Telefon Beberapa Minit Sebelum Adik Ditikam”- Kakak

"Saya baru bercakap (telefon) dengan dia jam 12.47 tengah hari semalam (Khamis), tiba-tiba dapat tahu dia dah meninggal dunia".
ifara_wahid
08 Nov 2024, 05:45 PM

Lands-P-4.png

"Saya baru bercakap (telefon) dengan dia jam 12.47 tengah hari semalam (Khamis), tiba-tiba dapat tahu dia dah meninggal dunia".

Demikian kata Khadijah Ibrahim, 64, kakak kepada mangsa, Zulkifli Ibrahim, 62, yang maut ditikam di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini pada petang Khamis.

Khadijah berkata, kali terakhir dia berbual dengan adik ketiganya yang mesra disapa Zul menerusi panggilan telefon pada tengah hari Khamis, beberapa minit sebelum insiden itu berlaku.

Dia yang juga pesara berkata, belum sempat berbual panjang, adiknya meminta untuk memutuskan panggilan berikutan ada panggilan masuk lain.

"Dia tak pernah telefon ketika makan atau minum tapi kemarin (semalam) dia telefon.

"Saya pelik cuma tak kata apa-apa. Sempat tanya dia kat mana saja. Dia beritahu dia makan di Nasi Kandar Deen tetapi ketika dia telefon saya, dia minum di nasi kandar lain di Gelugor.

"Lepas tu, dia kata tak pa lah kak, anak dia 'call' masuk. Ada hal sikit dia kata. Saya pun mematikan panggilan, tak fikir apa-apa," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP di sini pada Jumaat.

Khadijah berkata, sejurus selepas itu, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya memberitahu adiknya sudah meninggal dunia.

Terdahulu, Zulkifli dan anak perempuannya, Siti Zulaila, 30, maut selepas ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.

 

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us