Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas pada Isnin malam berkenaan tindakan kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, 18 Mac sehingga 31 Mac ini.
Sehubungan dengan itu, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) akan berkuat kuasa dalam tempoh ini bagi menyekat penyebaran wabak COVID-19.
Antara yang akan ditutup sementara mulai esok adalah pawagam utama di negara ini iaitu Golden Screen Cinema (GSC) dan juga TGV Cinema.
Orang ramai juga telah dinasihatkan supaya tidak panik sementara semua pihak sedang bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19. Selain itu, orang ramai juga diminta agar kekal berada di rumah dan kurangkan perjalanan khasnya pulang ke kampung.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.