Kredit gambar utama: Shutterstock
Semua orang tau solat itu wajib dan zakat juga salah satu daripada rukun Islam. Tetapi bila sebut bab zakat, ada macam-macam alasan diberi untuk mengelak daripada tanggungjawab. Antara alasan biasa “tak sempatlah nak bayar zakat”, “duit yang ada pun cukup-cukup makan” dan tak kurang juga yang memberi alasan “tak tahu nak kira zakat yang perlu dibayar”...
Tapi sekarang dengan adanya internet, semua yang anda inginkan ada di hadapan mata. Nak bayar zakat pun dah tak susah lagi. Anda boleh tunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) secara walk in atau online. Mengapa perlu tunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak?
#1 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) merupakan pemenang Anugerah Inovasi Kutipan Zakat 2016 dan Anugerah Inovasi Agihan Zakat 2017 Peringkat Kebangsaan.
#2 Anda memilih membayar zakat fitrah melalui Amil tetapi tidak mahu bawa wang tunai? Anda boleh membayar zakat fitrah dengan hanya 'IMBAS' dan 'BAYAR' menggunakan M2U di telefon bimbit... Jumpa Amil, Imbas Kod dan Selesai.
#3 Jika anda memilih untuk membayar secara atas talian, anda boleh layari website Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk mengetahui kiraan serta jumlah zakat yang perlu dibayar. Bayaran boleh dilakukan secara online melalui perbankan Internet.
#4 Bukan sahaja zakat fitrah tetapi di website MAIPk juga boleh bayar zakat pendapatan, zakat emas, zakat kwsp, zakat saham, zakat perniagaan dan berwakaf.
#5 Zakat bukan sahaja dibayar secara tahunan tetapi boleh dibayar setiap bulan melalui potongan gaji bulanan atau dibayar secara tahunan setelah cukup haul.
Kredit gambar: Zakat Perak-MAIPk/Facebook
#6 MAIPk juga menyediakan kaunter zakat bergerak untuk membolehkan anda membuat taksiran zakat, membayar zakat dan berwakaf.
#7 Duit zakat digunakan untuk membela asnaf melalui banyak cabang seperti memberi bantuan pendidikan, kursus-kursus percuma, bantuan kewangan dan bantuan modal perniagaan.
Sudahkah anda menjalankan kawajipan berzakat? Jika belum serah sahaja zakat kepada MAIPk, pengurusannya lebih profesional dan ramai yang mendapat manfaat. Layari www.maiamp.gov.my untuk info lanjut. Zakat Perak, daripada anda untuk mereka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.