Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.
Tawaran tol percuma itu akan diberikan di Lebuhraya PLUS, LPT pada 30 April serta 1, 7 dan 8 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri.
Manakala diskaun 30 dan 50 peratus di lebuh raya selain PLUS dan LPT pada 30 April, 1, 7 dan 8 Mei untuk semua kelas kenderaan.
Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus) 2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) 4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) 5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA) 6. Jambatan Pulau Pinang (JPP) 7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)
Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:
10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS) 11. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) 12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA) 13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) 14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE) 15. Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH) 16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) 17. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.