Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Lukisan Gua 67,800 Tahun di Indonesia Pecahkan Rekod Dunia, Buktikan Manusia Sudah Berlayar di Waktu Purba Dahulu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jan 2026, 11:49 AM

lukisan gua 67,800 tahun di indonesia pecahkan rekod dunia, buktikan manusia sudah berlayar di waktu purba dahuluFoto: BRIN

Kajian arkeologi terus mendedahkan rahsia masa lalu, dan terbaru, satu penemuan luar biasa muncul dari Pulau Muna, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Para penyelidik menemui lukisan gua yang dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 67,800 tahun, menjadikannya antara karya seni tertua yang pernah ditemui dan ditentukan usianya secara tepat.

Penemuan ini dilakukan hasil kerjasama antara Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN), Universiti Griffith dan Universiti Southern Cross, Australia. Kajian mereka kemudian diterbitkan dalam jurnal Nature dengan tajuk ‘Seni batu sekurang-kurangnya 67,800 tahun yang lalu di Sulawesi’.

BRIN menyifatkan penemuan tersebut sebagai bukti bahawa Indonesia merupakan salah satu pusat utama dalam perkembangan seni simbolik dan sejarah awal pelayaran manusia moden.

Rekod Seni Gua Tertua Dengan Tarikh Tepat

Karya seni ini dianggap sebagai seni gua tertua dunia yang usianya dapat ditentukan dengan kaedah saintifik yang tepat. Ia juga menunjukkan manusia purba telah melintasi lautan secara sengaja sejak hampir 70,000 tahun lalu.

Adhi Agus Oktaviana dari Pusat Penyelidikan Arkeometri BRIN menjelaskan bahawa lukisan di Pulau Muna berusia sekurang-kurangnya 16,600 tahun lebih lama daripada seni batu di Maros-Pangkep yang sebelumnya diiktiraf sebagai paling tua di Indonesia.

lukisan gua 67,800 tahun di indonesia pecahkan rekod dunia, buktikan manusia sudah berlayar di waktu purba dahuluFoto: BRIN

Malah, ia juga 1,100 tahun lebih awal daripada cap tangan di Sepanyol yang sebelum ini dianggap sebagai seni gua tertua dunia dan dikaitkan dengan Neanderthal.

Penentuan umur lukisan itu menggunakan teknik pentarikhan uranium-series (LA-U) melalui lapisan kalsit mikroskopik yang menutupi lukisan. Hasil analisis menunjukkan umur minimum lukisan tersebut adalah 67,800 tahun.

Penemuan ini turut menyokong pandangan bahawa wilayah Wallacea bukan sekadar laluan migrasi ke Australia, tetapi juga merupakan tempat tinggal awal manusia moden. Adhi menyatakan kemungkinan pelukis karya tersebut merupakan sebahagian kumpulan yang kemudian meneruskan perjalanan ke arah timur sehingga tiba di Australia.

lukisan gua 67,800 tahun di indonesia pecahkan rekod dunia, buktikan manusia sudah berlayar di waktu purba dahuluFoto: BRIN

Mengukuhkan Teori Migrasi Ke Sahul

Penemuan ini juga memperkukuh hipotesis bahawa manusia telah sampai ke tanah besar Sahul (Australia-Papua) sekurang-kurangnya 65,000 tahun lalu. Adhi menambah bahawa bukti ini menunjukkan nenek moyang Orang Asli Australia berada di Sahul pada atau sebelum tempoh tersebut.

Lebih menarik, kajian ini memberi bukti awal yang jelas mengenai laluan migrasi utara ke Sahul, termasuk pelayaran laut antara Kalimantan (Borneo) dan Papua, sebuah laluan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian dalam kajian arkeologi.

Menurut Prof. Maxime Aubert, salah seorang penyelidik utama, penemuan ini menunjukkan Sulawesi adalah salah satu pusat budaya seni paling lama dan berterusan di dunia, bermula sejak awal penempatan manusia di rantau ini.

Berikutan penemuan ini, penyelidik menggesa kerajaan Indonesia agar melindungi kawasan karst yang menempatkan tapak seni purba ini sebagai sebahagian daripada dasar pengurusan alam sekitar dan perancangan wilayah.

Sumber: BRIN

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us