Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Seorang Warga Malaysia Disahkan Terbunuh Dalam Tragedi Feri Karam di Bali

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Jul 2025, 12:39 PM

seorang warga malaysia disahkan terbunuh dalam tragedi feri karam di bali

Foto: Kosmo

Seorang rakyat Malaysia disahkan antara mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati melibatkan feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di perairan Selat Bali, Indonesia pada 2 Julai lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Subdirektorat Kedokteran Kepolisian Polis Daerah Jawa Timur, Adam Bimantoro dalam satu sidang media yang diadakan di Hospital RSUD Blambangan, Banyuwangi malam tadi.

Menurut beliau, mangsa warga Malaysia yang dikenal pasti ialah Fauzey Awang, berusia 58 tahun. Pengesahan identiti dibuat berdasarkan pemeriksaan perubatan serta barangan peribadi milik mangsa seperti dompet dan kad pengenalan yang ditemukan bersama mayat.

Selain Fauzey, dua lagi mangsa yang terkorban turut dikenal pasti ialah Noval Hardiansyah, 15 tahun dari Desa Singojuruh, Kabupaten Banyuwangi, serta Sofyan Wibowo, 18 tahun dari Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah. Identiti kedua-dua mangsa ini juga disahkan melalui pemeriksaan pergigian serta pengesahan barang peribadi.

Dalam pada itu, satu lagi mayat wanita masih belum dapat dikenal pasti identitinya. Jenazah tersebut ditemukan pada 10 Julai lalu di Pantai Plengkung, kawasan Taman Nasional Alas Purwo, Kecamatan Tegaldlimo, Banyuwangi. Ketika ditemukan, wanita berkenaan memakai seluar pendek berwarna biru.

Berdasarkan maklumat rasmi daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Pelabuhan Ketapang, sehingga malam hari Khamis lalu, seramai 15 orang telah disahkan terkorban, termasuk satu yang masih dalam proses identifikasi. Seramai 30 mangsa pula telah ditemukan selamat, manakala 20 lagi masih belum ditemui dan operasi pencarian masih giat dijalankan.

Kapal feri KMP Tunu Pratama Jaya dilaporkan karam di perairan Selat Bali pada Rabu, 2 Julai. Feri itu membawa 53 orang penumpang, 12 anak kapal serta 22 unit kenderaan sebelum tragedi berlaku.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us