Seorang pemandu lori mendedahkan dia dapat merakam imej lembaga didakwa hantu menggunakan kamera papan pemuka (dashcam).

Video yang berdurasi enam saat jelas menunjukkan satu lembaga misteri yang muncul dari udara nipis tetapi menghilang dari lebuh raya secara tiba-tiba.
Malah, rakaman itu jelas memaparkan ‘benda’ itu sedang terapung di sebuah lebuh raya negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Menurut William Church, dia yang sedang memandu lorinya menyusuri Lebuh Raya Beeline dan kelihatan satu lembaga menyeramkan berjalan di tepi lebuh raya itu sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).
Tambahnya, dia yang menggunakan lebuh raya melalui bandar Phoenix dan Payson terkejut ketika menyedari lembaga tersebut hanya berdiri di tepi laluan berkenaan.
“Anda boleh melihat garisan (lebuh raya) menembusi kaki lembaga itu,” katanya.
Pelbagai reaksi yang diluahkan warganet terhadap video tersebut dan ramai yang mendakwa entiti itu hantu atau lembaga.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.