Sebuah rumah di Louisiana, Amerika Syarikat telah dijual malah diberikan secara percuma kepada orang ramai, namun tiada langsung yang mahu memilikinya.
Menurut pemilik rumah, beliau bertungkus-lumus untuk menjual rumah berkenaan namun masih tiada pembeli yang mahu.
Rumah berkenaan dibina pada tahun 1930-an dilaporkan mempunyai kisah seram padanya membuatkan tiada yang berani untuk tinggal disitu.,
Sebelum ini seorang ejen perumahan telah berkongsi foto rumah tersebut di Facebook untuk sesiapa yang berminat, tetapi usahanya gagal kerana banyak komen daripada penduduk tempatan berkongsi mengenai kisah seram yang mereka alami hingga tular di laman sosial.
Menurut Dawn Vallot DeClout, rumah berkenaan diduduki oleh mendiang nenek moyang bernama Adele berusia 90 tahun dan gemar membuat kerja di dapur.
Adele ditemui meninggal dunia di ruang tamu pada tahun 1967.
"Kemungkinan cerita hantu akan tetap ada dan sesiapa sahaja yang tinggal di rumah itu akan mengalaminya.", kata seorang warganet mengenai rumah berkenaan.
Tambah lagi, mereka yang berkunjung ke rumah itu akan mengadu mendengar bunyi aneh pada siling dan dinding rumah.
Sumber: Daily Mail UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.