Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia apabila sebuah video memaparkan kelibat berwarna putih yang bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital.

Sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat tersebut dan dimuat naik di laman TikTok.
Malah, video berkenaan jelas menunjukkan kelibat putih muncul dari bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil.
Ia juga menakutkan apabila kelibat putih itu sekali lagi bergerak ke tepi katil sebelum hilang.
Pelbagai reaksi yang diterima daripada warganet setelah mereka melihat video kelibat tersebut.
“Sudah namanya hospital, tidak hairan (berlakunya situasi menyeramkan),” komen seorang warganet.
“Itu adalah pantulan cahaya matahari yang terhasil daripada tingkap hospital tersebut,” kata seorang warganet.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.