Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

China Berjaya Hasilkan Klon Serigala Artik Pertama di Dunia

Serigala diberi nama Maya dalam keadaan sihat
 
21 Sep 2022, 11:02 AM

china berjaya hasilkan klon serigala artik pertama di dunia

 Foto Sinogene Biotechnology Co

China baru-baru ini mengumumkan yang mereka telah berjaya mengklonkan serigala artik liar yang pertama di dunia.

Firma gen yang berpangkalan di Beijing itu mengumumkan dalam satu siding media.

Serigala artik liar yang diberi nama Maya selamat dilahirkan di sebuah makmal di Beijing pada 10 Jun lalu dan dalam keadaan yang sihat.

Pakar-pakar berkata, kejayaan itu adalah bagi membantu pembiakan haiwan yang semakin pupus dan terancam melalui teknologi pengklonan.

"Untuk menyelamatkan haiwan terancam, kami memulakan kerjasama penyelidikan dengan Harbin Polarland mengenai pengklonan serigala artik pada tahun 2020.

 

"Selepas dua tahun melakukan usaha gigih, serigala artik berjaya diklonkan. Ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia," kata Mi Jidong iaitu pengurus besar syarikat Sinogene Biotechnology Co yang berpangkalan di Beijing pada sidang akhbar di Beijing seperti dilaporkan portal Global Times.

Sel penderma Maya berasal dari sampel kulit serigala artik betina liar yang telah diperkenalkan dari Kanada.

china berjaya hasilkan klon serigala artik pertama di dunia

Sumber : SINAR HARIAN / ASTRO AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.