Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tahu Tak? Setitis Air Mata Unta Mampu Meneutralkan Bisa 26 Spesies Ular

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jul 2025, 11:35 AM

tahu tak? setitis air mata unta mampu meneutralkan bisa 26 spesies ularFoto sekadar hiasan

Dalam satu penemuan saintifik yang luar biasa dari kawasan gersang Rajasthan, unta yang selama ini dikenali sebagai kapal padang pasir kini membuktikan nilainya jauh melebihi peranannya sebagai haiwan pengangkutan.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nasional Unta atau National Research Centre on Camel di Bikaner telah mendedahkan bahawa antibodi yang terkandung dalam air mata serta sistem imun unta berpotensi meneutralkan bisa ular.

Penemuan ini membuka laluan baharu dalam usaha merawat kes gigitan ular serta memberi manfaat ekonomi kepada golongan penternak unta.

Penemuan Saintifik yang Berpotensi Memberi Kesan di Peringkat Global

Para penyelidik telah menjalankan ujian dengan menyuntik unta spesies Camelus dromedarius menggunakan bisa ular jenis saw scaled viper atau nama saintifiknya Echis carinatus sochureki yang terkenal sebagai salah satu ular paling berbisa.

Antibodi yang diperoleh daripada air mata dan darah unta didapati mampu melawan kesan racun seperti pendarahan dalaman serta gangguan pembekuan darah. Lebih penting lagi, antibodi daripada unta menunjukkan tindak balas alahan yang lebih rendah berbanding dengan antivenom tradisional yang dihasilkan daripada imunoglobulin kuda.

Antivenom daripada kuda bukan sahaja mahal untuk dihasilkan tetapi juga memerlukan proses yang kompleks.

India merekodkan hampir 58 ribu kematian setiap tahun akibat gigitan ular selain lebih 140 ribu kes yang menyebabkan kecacatan. Jumlah ini merupakan yang tertinggi di dunia.

Oleh itu, penemuan ini berpotensi menyediakan kaedah rawatan yang lebih selamat, murah serta mudah dihasilkan secara besar-besaran khususnya untuk kawasan luar bandar yang sering berdepan dengan insiden gigitan ular dan kekurangan kemudahan perubatan.

 

 

Sumber Pendapatan Baharu untuk Penternak Unta di Rajasthan

Kajian ini bukan sahaja memberi harapan dalam aspek kesihatan tetapi juga membuka peluang baharu kepada komuniti penternak unta di kawasan seperti Bikaner, Jaisalmer dan Jodhpur.

Pihak pusat penyelidikan menggalakkan penternak tempatan untuk menawarkan unta mereka bagi proses pengambilan sampel air mata dan darah yang dijalankan secara terkawal dan selamat. Sebagai balasan, mereka menerima bayaran yang setimpal dan lumayan.

Pendekatan ini bukan sahaja mengiktiraf peranan golongan penternak dalam pembangunan sains perubatan tetapi juga membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat yang selama ini kurang diberi perhatian.

Dengan potensi besar antibodi unta dalam meneutralkan bisa ular, penemuan ini dilihat mampu merevolusikan rawatan antivenom di masa hadapan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada India tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh negara lain yang turut bergelut dengan isu gigitan ular berbisa.

Sumber: X General Knowledge

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us