Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Sheila Majid Raikan 40 Tahun Dalam Industri Muzik Menerusi Konsert Istimewa di Axiata Arena

ROSTAM, Mohamad Firdaus
16 Jul 2025, 10:29 AM

sheila majid raikan 40 tahun dalam industri muzik menerusi konsert istimewa di axiata arenaFoto: Instagram

Setelah lebih empat dekad mewarnai industri seni tanah air, penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid bakal menghadiahkan sebuah persembahan istimewa kepada para peminat setianya menerusi konsert solo bertajuk Sheila Majid 40 Years in Music, yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8 November 2025.

Sheila, atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid yang kini berusia 60 tahun, menyifatkan konsert tersebut sebagai satu penghargaan dan hadiah istimewa buat para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seninya sejak awal penglibatan beliau dalam dunia hiburan.

“Konsert ini menjadi satu penanda aras penting dalam kerjaya seni saya selama 40 tahun. Ia bukan satu tempoh yang singkat, namun saya amat bersyukur kerana masih diberi ruang untuk berkarya dan lebih penting, masih mempunyai peminat yang setia menyokong dari dahulu hingga ke hari ini,” ujarnya pada satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Tambah Sheila lagi, konsert ini bukan sahaja menandakan pencapaian peribadinya, malah merupakan satu penghormatan kepada semua individu yang pernah terlibat dan menyumbang kepada kejayaannya sepanjang empat dekad berada dalam industri.

“Sheila Majid 40 Years in Music juga merupakan bentuk penghargaan kepada mereka yang selama ini bekerja di belakang tabir, yang telah memainkan peranan besar dalam memastikan nama saya terus relevan dan dikenali oleh generasi baharu,” katanya.

Lebih istimewa, konsert ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Sheila akan membuat persembahan di pentas berprestij Axiata Arena, setelah sebelum ini pernah mengadakan konsert di lokasi ikonik lain seperti Stadium Negara, Stadium Merdeka dan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Saya teruja dan tidak sabar untuk berkongsi pengalaman ini bersama peminat. Ini kali pertama saya berada di Axiata Arena, jadi saya mahu pastikan segalanya berjalan dengan sempurna dan memberi yang terbaik kepada mereka yang hadir,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai konsep persembahan serta kejutan yang bakal dipersembahkan, dengan alasan mahu mengekalkan elemen kejutan dan mengelakkan daripada sebarang peniruan idea memandangkan kemajuan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) yang semakin canggih.

“Saya tidak mahu terlalu awal berkongsi konsep atau kejutan yang bakal ditampilkan kerana bimbang akan ditiru. Biarlah semua itu menjadi kejutan istimewa pada malam konsert nanti,” jelas beliau.

Ditanya sama ada beliau akan menjemput artis lain untuk turut serta dalam persembahan itu, Sheila menyatakan fokus utama adalah untuk meraikan kerjaya seninya sendiri dan belum membuat keputusan mengenai sebarang kolaborasi.

“Buat masa ini, kami masih lagi berbincang tentang pemilihan lagu dan saya belum terfikir mengenai penyanyi jemputan atau segmen penghormatan kepada artis lain. Ini adalah malam untuk meraikan perjalanan seni saya, maka fokusnya akan diberikan sepenuhnya kepada lagu-lagu saya sendiri,” katanya tegas.

Untuk rekod, konsert berskala besar terakhir yang diadakan oleh Sheila adalah Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di WTC pada 18 Mac 2023.

Tiket bagi konsert Sheila Majid 40 Years in Music akan mula dijual kepada orang ramai bermula 17 Julai ini. Harga tiket bermula dari RM268 (Kategori 4), RM368 (Kategori 3), RM468 (Kategori 2), RM568 (Kategori 1), RM668 (VIP), RM768 (VVIP) dan RM3,400 untuk zon eksklusif ‘Party Zone’. Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi www.ticket2u.com.my/sheilamajid40.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us