Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ibu Mentua Idaman! Sheila Rusly Jaga Elisya Berpantang Seperti Anak Sendiri

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 May 2025, 11:29 AM

ibu mentua idaman! sheila rusly jaga elisya berpantang seperti anak sendiriFoto: Tangkap layar TikTok

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly, 53, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila melayani menantunya, Elisya Sandha, dengan penuh kasih sayang sepanjang tempoh berpantang.

Menurut Sheila, beliau amat teruja apabila Elisya memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua baru-baru ini.

“Bila Elisya cakap ‘nak berpantang rumah mama’, terus saya semangat rancang menu khas untuk dia,” kongsi Sheila menerusi satu hantaran di TikTok yang kini meraih perhatian ramai.

Dalam video yang dikongsikan, Elisya dilihat sedang menikmati makanan berpantang yang disediakan dengan penuh selera, sebelum memeluk erat ibu mentuanya sebagai tanda penghargaan atas layanan penuh perhatian yang diberikan.

Reaksi netizen turut membanjiri ruangan komen, kebanyakannya meluahkan rasa kagum dan menyifatkan Elisya sebagai seorang menantu yang sangat bertuah kerana memiliki ibu mentua sebaik Sheila.

 

@sheilarusly Bila anak menantu @elisyasandhaofficial cakap “Nak Berpantang Rumah Mama” Gigih sis plan menu dengan @bibikexpresshq #airtangansr #menuberpantang #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah ♬ Anggerik desa cover by alun tradisi - AlunTradisi

 

“Menantu bertuah dapat mentua macam Sheila Rusly,” tulis seorang pengguna.

“Kalau mak mentua layan macam ni, memang rasa nak beranak ramai!” seloroh netizen lain.

Tak kurang juga yang mendoakan agar anak perempuan mereka kelak mendapat ibu mentua yang penyayang seperti Sheila Rusly.

Untuk rekod, Elisya Sandha mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy, anak sulung Sheila Rusly, pada Ogos 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata; seorang puteri bernama Bunga Elhaq yang kini hampir mencecah usia tiga tahun, dan seorang bayi lelaki yang dinamakan Bahtera ElHaq, yang baru sahaja dilahirkan.

Tindakan Sheila yang begitu mengambil berat tentang kebajikan menantu ketika dalam fasa penting seperti berpantang bukan sahaja mencerminkan kasih sayang seorang ibu, malah menjadikan dirinya inspirasi ramai sebagai ibu mentua yang penyayang dan bertimbang rasa.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us