Filem blokbuster Malaysia, Sheriff: Narko Integriti (Sheriff) berjaya mendapat tayangan di negara jiran Indonesia tetapi filem tersebut kurang mendapat sambutan.

Menurut pengarah, Syafiq Yusof, dia menyifatkan ia bukanlah berpunca daripada penonton di negara itu yang tidak mahu menyokong filem dari Malaysia, sebaliknya dia sendiri yang bertanggungjawab di atas kegagalan itu.
Tambahnya, dia meletakkan segala kelemahan yang berlaku di bahunya dan perlu berusaha untuk memperbaiki kualiti filem yang dihasilkan pada masa akan datang.
“Sentimen yang mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar. Kegagalan filem Sheriff di Indonesia adalah kegagalan saya sendiri. Tidak harus salahkan sesiapa.
“Saya harus bertanggungjawab atas kegagalan ini dan perlu terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan.
“Saya berterima kasih kepada Indonesia kerana memberi peluang untuk filem Sheriff ditayangkan di sana,” katanya.
Malah, Syafiq juga mengakui rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mereka gemari dan mengakui filem arahannya masih jauh ketinggalan berbanding filem aksi di Indonesia.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.