Sebuah video gadis berpakaian sekolah sambil membawa kereta mewah Nissan Skyline GTR berwarna merah jambu menjadi viral di laman sosial.
Ramai yang menyangka pelajar sekolah yang menaiki GTR itu berusia belasan tahun tetapi sebenarnya dia sudah pun berumah tangga.
Wanita tersebut bernama Nik Murniriaty Mohd Zakri yang kini berumur 29 tahun dan sudah pun menjadi ibu kepada dua orang anak, masing - masing berumur sembilan dan dua tahun.

"Sesi persekolahan yang baru bermula membuatkan saya merindui zaman sekolah jadi saya sekadar suka - suka pakai baju sekolah untuk mengimbas kembali masa sekolah dulu." Katanya kepada mStar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.