Kes menyayat hati tentang kematian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dibuli dan dipukul sehingga mati telah menandakan noktah apabila hukuman gantung dijatuhkan kepada 6 tertuduh.
Namun, kehilangan komputer riba yang menjadi punca kes tersebut kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Mengimbas kembali kes tersebut bermula apabila nama Zulfarhan antara yang disebut oleh seorang ‘bomoh’ untuk mengesan siapakah pencuri komputer riba (laptop) milik salah seorang pelajar.
Selepas itu, mangsa bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah Allahyarham juga ditekap menggunakan seterika wap dalam kejadian pada 21 dan 22 Mei 2017.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.