Kes pembunuhan kanak-kanak Zayn Rayyan yang menjadi bualan ramai tidak dihentikan dan siasatan masih berjalan.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, dia memberi jaminan siasatan terhadap kes tersebut tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,” katanya.
Terdahulu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Dis tahun lepas di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.
Malah, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.