Amarah bakal membahayakan seseorang atau orang lain apabila individu itu tidak dapat mengawalnya.

Malah, kemarahan ini juga boleh berlaku atas pelbagai sebab sehingga boleh membuat individu tersebut tidak dapat mengawal emosi.
Menurut Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebooknya, pihaknya berkongsi antara kesan negatif yang boleh berlaku berpunca daripada sikap baran tersebut.

Antaranya adalah risiko kemalangan, tekanan darah meningkat, diserang masalah jantung dan terdedah kepada keruntuhan rumah tangga.
Selain itu, individu yang memiliki sikap baran memberi kesan kepada masalah di tempat kerja, alami kemurungan dan ‘anxiety’ atau mudah diserang gangguan panik.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.