Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

”Ini Simbol Sumud Kami Wanita GSF…” - Farah Lee

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Oct 2025, 11:18 AM

”ini simbol sumud kami wanita gsf…”Foto: Berita Harian

Pemakaian sehelai baju t-shirt putih di kepala, seolah-olah tudung, menjadi lambang simbolik kepada penindasan yang dialami wanita Palestin serta delegasi wanita Global Sumud Flotilla (GSF) ketika ditahan rejim Israel.

Menurut aktivis GSF Malaysia, Norfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, tindakan mengenakan t-shirt sebagai tudung itu mencerminkan penafian hak untuk mengamalkan ajaran agama oleh pihak Israel terhadap aktivis Islam.

“Saya berdiri mewakili wanita dan ibu yang ditindas di Gaza. Jika kalian lihat di kepala saya, t-shirt ini yang dijadikan tudung, inilah simbol sumud kami, wanita delegasi GSF.

“Hak kami untuk beragama ditindas, tudung kami dirampas dan kami dimalukan di hadapan lelaki bukan mahram tanpa tudung.

“Jadi, kami gunakan t-shirt putih ini untuk menutup rambut dan kepala demi menjaga maruah sebagai wanita,” katanya ketika berucap pada Majlis Menyambut Ketibaan 27 aktivis GSF di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Farah turut mengajak rakyat Malaysia hadir beramai-ramai ke Himpunan Sumud Nusantara di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini bagi mendengar sendiri pengalaman penuh getir para delegasi ketika ditahan Israel.

“Di sana nanti, kalian akan dengar sendiri cerita daripada setiap delegasi tentang pelbagai bentuk penindasan, daripada akses air bersih, ubatan hingga layanan kejam dalam tahanan,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan pengalaman mereka ketika dipenjara di Ketziot, padang pasir Negev, hanyalah sebahagian kecil daripada penderitaan sebenar yang ditanggung rakyat Palestin.

“Itu mungkin cuma kurang satu peratus daripada penderitaan yang dihadapi rakyat Gaza. Saya berasa bangga melihat sambutan rakyat Malaysia terhadap kepulangan kami. Moga suara ini terus bergema untuk membebaskan Palestin,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us